Betul ker senaman boleh menguruskan berat badan? Jawapan saya ya dan tidak. Ini kerana senaman merupakan satu aktiviti yang mampu untuk melakukan kedua-dua perkara sekaligus iaitu ia mampu untuk menguruskan berat badan dan juga mampu untuk menambahkan berat badan.
Anda mesti tertanya-tanya bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Ianya berlaku kerana senaman bukan sahaja membakar lemak di dalam badan ketika kita sedang bersenam tetapi ia juga membina tisu-tisu sel kita sekaligus membesarkan otot kita.
Tetapi senaman mampu memberikan keseimbangan kepada bentuk badan kita dan memberikan kita bentuk badan yang cantik sama ada kita lelaki atau wanita sekiranya ia dilakukan dengan betul.
Perkara yang perlu anda lakukan sebelum anda melakukan senaman ialah kenal pasti apa yang anda mahukan, berapa banyak kalori yang anda mahu bakar atau jumlah berat badan yang anda mahukan, bentuk badan yang bagaimana yang anda mahukan.
Dengan bertanyakan diri anda soalan-soalan ini membolehkan anda memilih jenis senaman yang paling sesuai dengan diri anda dan mencapai berat badan anda yang paling ideal.
Betul ker senaman boleh menguruskan berat badan?
Thursday, January 28, 2010
Posted by Gang SI at 7:43 AM 0 comments
ADAKAH ANDA MENCARI JALAN UNTUK MENGURUSKAN BERAT BADAN?
Wednesday, January 27, 2010
Adakah anda mencari jalan untuk menguruskan berat badan. Anda telah mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk menguruskan berat badan anda tetapi masih tidak menemui jalan penyelesaian.
Jangan bimbang. Kami ada jalan penyelesaiannya. Di dalam blog ini, kami akan berusaha sedaya upaya menyediakan maklumat terkini tentang cara cara-cara menurunkan berat badan merangkumi pelbagai aspek dan teknologi-teknologi terkini tentang menguruskan berat badan.
Kami juga akan mendedahkan beberapa perkara yang mungkin tidak anda ketahui tentang mengapa berat badan anda masih boleh bertambah walaupun telah menurunkan berat badan. Apakah faktor-faktor yang menambah berat badan anda dan bagaimana anda boleh mengelakkan diri anda daripada menjadi gemuk.
Kami juga akan mendedahkan cara-cara bagaimana akan mendedahkan tentang mengapa anda tidak perlu risau dengan bertambahnya berat badan anda kerana anda masih boleh menurunkannya kembali dengan cara yang sihat.
Berdasarkan kajian, penambahan dan penurunan berat badan adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu ditakuti. Hanya penambahan berat badan yang tidak terkawal sahaja akan menyebabkan diri anda menjadi gemuk dan ianya boleh disebabkan oleh beberapa faktor selain daripada makanan yang kita ambil.
Jangan risau. Kami akan mendedahkannya disini dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Hara[an kami adalah anda mendapat manfaat daripada blog ini dan semoga anda mendapat berat badan yang anda impikan.
Posted by Gang SI at 7:15 AM 0 comments