Betul ker senaman boleh menguruskan berat badan?

Thursday, January 28, 2010

Betul ker senaman boleh menguruskan berat badan? Jawapan saya ya dan tidak. Ini kerana senaman merupakan satu aktiviti yang mampu untuk melakukan kedua-dua perkara sekaligus iaitu ia mampu untuk menguruskan berat badan dan juga mampu untuk menambahkan berat badan.

Anda mesti tertanya-tanya bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Ianya berlaku kerana senaman bukan sahaja membakar lemak di dalam badan ketika kita sedang bersenam tetapi ia juga membina tisu-tisu sel kita sekaligus membesarkan otot kita.

Tetapi senaman mampu memberikan keseimbangan kepada bentuk badan kita dan memberikan kita bentuk badan yang cantik sama ada kita lelaki atau wanita sekiranya ia dilakukan dengan betul.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum anda melakukan senaman ialah kenal pasti apa yang anda mahukan, berapa banyak kalori yang anda mahu bakar atau jumlah berat badan yang anda mahukan, bentuk badan yang bagaimana yang anda mahukan.

Dengan bertanyakan diri anda soalan-soalan ini membolehkan anda memilih jenis senaman yang paling sesuai dengan diri anda dan mencapai berat badan anda yang paling ideal.

0 comments: