Kadang-kadang kita telah mengurangkan kuantiti makanan yang kita ambil tetapi masih tidak cukup untuk mengurangkan berat badan kita ke tahap yang ideal.
Soalan yang perlu kita tanya ialah apakah faktor yang menyebabkan diet tidak berkesan pada diri aku sedangkan pada orang lain berkesan.
Kadang-kadang diet tidak berkesan kerana cara pengurusan diet yang tidak betul. Ini kerana kita perlu mengetahui sebab sebenar mengapa berat kita boleh bertambah secara mendadak dan apakah sebabnya.
Berat badan boleh bertambah disebabkan beberapa faktor, Antaranya ialah:
1. Banyak makan.
Ini adalah sebab yang paling lazim sekali tentang mengapa berat badan kita bertambah. Jika ini adalahh faktor, maka diet adalah salah satu cara yang paling berkesan.
2. Kandungan kolestrol dalam darah yang menyebabkan pengagihan nutrisi penting yang tidak seimbang.
Juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain. Jika ini penyebab anda gemuk, maka anda perlu mengamalkan senaman. Dapatkan nasihat doktor kerana ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti sakit jantung dan sebagainya.
3.Disebabkan faktor genetik.
Tidak semua masalah genetik terutamanya gemuk tidak dapat diselesaikan. Dalam hal ini, anda perlu merujuk kepada pakar tentang adakah anda boleh menguruskan berat badan. Sevara jujur, saya pernah melihat ramai orang yang mempunyai masalah gemuk keluarga tetapi akhirnya mampu memiliki bentuk badan yang menarik serta berat badan yang ideal.
Di atas merupakan faktor-faktor paling biasa yang menyebabkan gemuk. Semoga kita berjumpa lagi.
Kenapa diet tidak berkesan?
Saturday, February 6, 2010
Posted by Gang SI at 3:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment